Waktu Perniagaan:
Sabtu-Khamis
9.30 pagi - 6.00 ptg
Untuk Temujanji :
013-8818848 (Siti Hajar)
019-970 4603 (Rohani)
Pejabat :
Tel : 09-697 4848
Faks : 09-697 9858
019-970 4603
013-881 8848
Email :
ZHULIAN JERTEH
Persada Kecemerlangan Keusahawanan

Lokasi Kami
Lot 5068, Jalan pasir Akar, Sebelah
Hospital Besut, Jerteh, Terengganu
WE
WE
Believe
Achieve
Pengawal Berat Tubuh
Anti- penuaan / Usia Emas
Kecantikan & keanggunan
Generasi Muda
Pertumbuhan & perkembangan
Kesihatan Optimum
Pemikiran Tahap Tinggi
Kehamilan & Penyusuan
KEPERLUAN KHAS
![]() | ![]() |
---|---|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Campuran Protein Wei dan Protein Soya SSSOLUTION 2
-
NT2021 - 60 sacet x 30 g
-
NT2022 - 28 sacet x 30 g
Formulasi pengawalan berat badan yang revolusioner, termaju dan terbukti berkesan dengan mekanisme 5 tahap yang memfokus untuk mengimbangkan semula metabolisme tubuh, menyingkirkan lemak berlebihan dan mengekalkan tubuh pada tahap optimum untuk potongan tubuh yang lebih langsing dan keyakinan yang lebih hebat.

PENGAWAL BERAT TUBUH

SET ANTI PENUAAN / USIA EMAS
Campuran Minuman Jus Buah Pic dengan Kolagen Marin Terhidrolisis dan Elastin Marin COLLAGEN 2
Sedap diminum, bermanfaat kepada kulit - COLLAGEN 2 membantu mengembalikan kecantikan kulit, menentang kesan penuaan dan mengembalikan kemudaan dan kecergasan kulit yang muda!
-
Diperbuat daripada ramuan berkuasa dengan nilai khasiat yang tinggi seperti kolagen marin terhidrolisis, elastin marin, ekstrak sel stem epal, ekstrak seramida beras, vitamin C dan jus buah pic yang memberikan kesan anti-penuaan selain mengekalkan keindahan kulit yang muda.
-
Setiap botol mengandungi sehingga 6000 mg kolagen marin terhidrolisis dalam bentuk cecair dengan berat molekul yang rendah bagi penyerapan yang mudah.
-
Pengambilan yang kerap menawarkan blok binaan secukupnya kepada kulit untuk menjadikannya sihat, muda dan berseri-seri.
+
Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran ISO.7
Pakar antioksidan yang mencegah radikal bebas, ISO.7 ini diformulasi dengan campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi melindungi tubuh anda dan "Lindung-Pulih" kesihatan anda!
-
Diperbuat daripada campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan fitokimia berkuasa seperti antosianin, proantosianidin, monomer katekin dan polifenol bagi menentang kesan radikal bebas dan anti-penuaan.
-
Setiap satu sacet ISO.7 membekalkan kira-kira 3,500 mole TE/g atau nilai ORAC antioksidan bagi menolong untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas.
-
Pengambilan kerap menolong untuk mencegah kesan penuaan pramatang, menggalakkan kesihatan kardiovaskular, membantu fungsi otak yang sihat dan ketajaman minda, menggalakkan penglihatan yang sihat, tahap gula darah yang sihat, saluran kencing yang sihat, kulit yang sihat, menguatkan sistem imun tubuh, mengekalkan fungsi sel yang sihat dan sistem pencernaan yang sihat.

KECANTIKAN & KEANGGUNAN

Campuran Minuman Botani dengan Delima dan Ekstrak Pueraria Mirifica ISOF'RM
Minuman harian ideal untuk wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas, ISOF'RM adalah ramuan istimewa yang kaya nutrien yang dihasilkan bagi meningkatkan kesihatan menyeluruh, membentuk tubuh yang menawan dan menampilkan wajah yang lebih muda dengan kulit yang lembut lagi cantik.
-
Kaya fitoestrogen dan antioksidan seperti jus buah delima dan ekstrak Pueraria Mirifica serta ekstrak tumbuhan seperti isoflavon soya, manjakani dan buah elderberi untuk meningkatkan tenaga wanita.
-
Menolong untuk mengawalatur hormon estrogen dan memperlahankan proses penuaan.
-
Dipek dalam bentuk minuman cecair yang menawarkan bio-ketersediaan handalan kepada tubuh supaya nutrien-nutrien uniknya mudah diserap untuk keberkesanan maksimum.

GENERASI MUDA
Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dan Elastin Marin Dengan Ekstrak Buah-Buahan ISO.3
Menyubur, memperbaharui dan menyegarkan kembali kulit anda melalui formulasi yang dipertingkatkan dengan kandungan padat khasiat yang meningkatkan tekstur kulit dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan keremajaan yang bersinar!
-
Diperbuat daripada kolagen marin terhidrolisis dan elastin marin yang diperolehi daripada sumber ikan melalui proses “hidrolisis” khas yang menukarkannya kepada berat molekul peptida kolagen yang rendah supaya mudah dan cepat diserap oleh tubuh.
-
Menggunakan Sistem “Memudakan Kulit dari Dalam ke Luar” yang sangat berkesan untuk memberikan tubuh anda kolagen dan elastin secukupnya agar kulit kekal lembut, menawan dan muda.
-
Disediakan dalam sacet yang mudah dibawa pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

Sedap dan menyihatkan - Minuman soya lazat berkhasiat yang dirumus khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar!
-
Dihasilkan daripada kombinasi ramuan berkhasiat seperti kacang soya, fruktosa, lecithin soya, serbuk madu, kalsium sitrat, inulin, debunga lebah, vitamin C, jeli raja, Bifidobakteria longum dan Bifidobakteria laktis untuk imbangan nutrisi menyeluruh.
-
Pengambilan harian menawarkan pelbagai khasiat penggalak pembentukan tulang dan gigi yang lebih kuat serta meningkatkan keupayaan tubuh kanak-kanak menyerap nutrisi.
-
Disediakan dalam sacet yang mudah dibawa pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

Lazat dan berkhasiat - Minuman soya lazat berkhasiat yang dirumus khas untuk golongan dewasa dengan gaya hidup aktif dan sibuk!
-
Dihasilkan daripada kombinasi ramuan berkhasiat seperti kacang soya, fruktosa, lecithin soya, serbuk madu, kalsium sitrat, inulin, debunga lebah, vitamin C, jeli raja, Bifidobakteria longum dan Bifidobakteria laktis untuk imbangan nutrisi menyeluruh.
-
Pengambilan harian membantu untuk menguatkan tulang dan sendi serta mengekalkan tubuh dan minda yang sihat lagi aktif.
-
Disediakan dalam sacet yang mudah dibawa pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN
Royallmix KP Complex
Royallmix BD Complex

Diformulasi khas tidak hanya bagi merangsang sistem imun yang kurang aktif tetapi juga bagi membantu mengawalatur sistem imun yang terlampau aktif. COLOSKIM adalah suplemen nutrisi ideal untuk semua peringkat umur, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
-
Minuman kolostrum premium yang hanya menggunakan peptida kolostrum yang berasal daripada sumber bebas-antibiotik untuk menghasilkan minuman lazat yang sarat khasiat.
-
Mengandungi pelbagai faktor imun dan faktor pertumbuhan aktif, terutamanya Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) yang bertindak sebagai modulator imun bagi mengawalatur sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat melalui Faktor ABCD.
-
Sesuai bagi semua peringkat umur, di mana dengan pengambilan yang kerap akan memperolehi pelbagai fungsi khasiat penting seperti fungsi penyembuhan dan memudakan serta memberikan asimilasi nutrien yang lebih baik.