top of page

Pelapik Tilam Terapiutik Bio-ion CONTIAGO

Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion CONTIAGO 

  • PC 3504 (King)

  • PC 3505 (Queen)

  • PC 3506 (Single)

Direka unik dengan kombinasi 15 lapisan istimewa yang terdiri daripada bahan-bahan berkualiti premium dengan 7 fungsi peningkat kesihatan yang bukan sekadar memberikan sokongan yang teguh, bahkan tidur yang merehatkan dan mewah sepanjang malam!

  • Dihasilkan dengan kombinasi 15 lapisan istimewa daripada bahan-bahan berkualiti premium termasuk lapisan teratas fabrik damask jacquard berkualiti mewah yang dijahit berkuilt bersama fabrik tidak bertenun yang memancar ion negatif, bulu bebiri sintetik dan busa poliuretana yang menawarkan sentuhan mewah pada lapik tilam anda.

  • Bercirikan 7 fungsi peningkat kesihatan seperti perlindungan anti-hama, sinar inframerah jauh, ion negatif, bio-magnetik, batu mineral jed dan kebaikan fungsi terma serta memberikan keselesaan tulen dan fungsi sokongan tulang belakang yang membantu untuk memperbaiki kesejahteraan umum anda sambil membenarkan anda tidur dengan aman sepanjang malam.

  • Disediakan dengan ciri keselamatan tambahan iaitu unit kawalan termostat yang mempunyai pengesan terma dengan bahan-bahan tahan haba serta waranti SATU (1) tahun, serta penggantian bahagian tulen.

Bantal Peluk Saintifik CONTIAGO

Lembut, selesa dan meningkatkan kesihatan - Bantal Peluk Saintifik CONTIAGO menggabungkan lapisan demi lapisan bahan premium dengan magnet kekal neodimium berprestasi ultra tinggi dan magnet kekal ferit berprestasi tinggi untuk memberikan anda tidur yang lena, setiap malam. 

  • Menyatukan lapisan berkuilt bercorak sarang madu iaitu fabrik damask jacquard dengan fungsi perlindungan anti hama handalan, fabrik tidak bertenun yang memancar ion negatif, bulu bebiri sintetik dan busa poliuretana.

  • Bercirikan busa poliuretana berlingkar yang berkualiti tinggi dan ditatahi magnet kekal neodimium berprestasi ultra tinggi dan magnet kekal ferit berprestasi tinggi untuk fungsi magnetik peningkat kesihatan.

  • Menggunakan teras kukuh yang diperbuat daripada gentian berambu poliester khas untuk selapis keselesaan dan sokongan lembut walaupun selepas lama digunakan.

Bantal Saintifik CONTIAGO (Super Deluxe)

Bangun tidur dalam keadaan tubuh dan minda yang segar dengan Bantal Saintifik CONTIAGO, bantal rekaan ergonomik yang memberikan sokongan sebaiknya bagi kepala dan tengkuk sambil menyediakan keselesaan sepanjang waktu tidur.

  • Menyatukan lapisan berkuilt bercorak sarang madu iaitu fabrik damask jacquard dengan fungsi perlindungan anti hama handalan, fabrik tidak bertenun yang memancar ion negatif, bulu bebiri sintetik dan busa poliuretana.

  • Direka dengan sokongan kontur ergonomi untuk kedudukan anatomi yang elok bagi melindungi kepala, tengkuk dan tulang belakang; memperbaiki postur tidur anda; menghilangkan kesakitan di tengkuk dan mengurangkan dengkuran sambil menggalakkan aliran darah yang baik dan penjajaran tulang belakang yang elok. 

  • Rekaan tepi yang berkontur unik memberikan ketahanan bentuk yang tetap walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama.

Bantal Saintifik CONTIAGO

Bantal Peluk Saintifik CONTIAGO

Unit Kawalan Termostat CONTIAGO

UNIT KAWALAN TERMOSTAT CONTIAGO

 

  • PC 3507 (King)

  • PC 3508 (Queen)

  • PC 3509 (Single)

Penggantian Bahagian Tulen - bahagian tulen disediakan untuk penggantian di mana-mana Pengedar Bertauliah ZHULIAN.

facebook-icoN.png

Berinteraksi terus dengan Dato' Profesor Dr. Azhar Mat Easa, Perunding Produk Nutrisional dan Berfungsi Zhulian 

Icon - FB Z Jerteh.png
bottom of page