top of page

Bedak Talkum Wangi ASSAHO Untuk Wanita

Memberikan sentuhan lembut dan rasa menyegarkan, aplikasi Bedak Talkum Wangi ASSAHO Untuk Wanita adalah penyelesaian pantas bagi melegakan kerengsaan ruam panas pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja!

  • Diformulasi untuk menyingkirkan bau tidak menyenangkan dan menghindari perpeluhan berlebihan.  

  • Melegakan tubuh daripada ruam panas dan ketidakselesaan kulit yang sering berlaku.  

  • Haruman lembut yang berpanjangan, sesuai buat wanita.

Bedak Talkum Wangi ASSAHO Untuk Lelaki

Salah satu cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan peluh yang berlebihan, gunakanlah Bedak Talkum Wangi ASSAHO Untuk Lelaki bagi merasai kesegaran berpanjangan!

  • Diformulasi untuk menyingkirkan bau tidak menyenangkan dan menghindari perpeluhan berlebihan.  

  • Melegakan tubuh daripada ruam panas dan ketidakselesaan kulit yang sering berlaku.  

  • Haruman lembut untuk kesegaran yang berpanjangan.

ASSAHO Whitening Deodorant Roll-on Untuk Lelaki 

Deodoran menyenangkan yang diformulasi dengan Alpha Arbutin untuk memberikan kesan pemutihan kulit, ASSAHO Whitening Deodorant Roll-on Untuk Lelaki sesuai buat mereka yang bergaya hidup aktif!

  • Diformulasi dengan Alpha Arbutin, unsur pemutih kulit bio-sintetik yang terbukti merencatkan pembentukan pigmen melanin dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

  • Rekaan “roll-on” untuk aplikasi langsung yang mudah.

  • Membantu untuk menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan dari perpeluhan untuk jangka masa lebih lama dengan suntikan haruman berbau rempah.

ASSAHO Whitening Deodorant Roll-on Untuk Wanita

Mudah digunakan dan memudahkan buat wanita yang bergerak aktif, ASSAHO Whitening Deodorant Roll-on Untuk Wanita tidak sahaja membantu untuk menyingkirkan bau tidak menyenangkan, bahkan ia memutihkan celah lengan dengan formulasi istimewanya yang selamat digunakan!

  • Diformulasi dengan Alpha Arbutin, unsur pemutih kulit bio-sintetik yang terbukti merencatkan pembentukan pigmen melanin dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

  • Rekaan “roll-on” untuk aplikasi langsung yang mudah.

  • Membantu untuk menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan dari perpeluhan untuk jangka masa lebih lama dengan suntikan haruman yang membangkitkan mood.

Pemulih Rambut ELTINA Dengan Lemon

Berikan rambut anda rawatan penghidratan, pelembapan dan penyuburan dengan Pemulih Rambut ELTINA Dengan Lemon, aplikasi 3-minit untuk rambut yang bermaya, berseri dan sihat!

  • Rawatan rambut yang sangat berkesan dengan ekstrak lemon yang menolong untuk menyuburkan, merapi dan memperbaiki kekuatan dan keanjalan rambut anda untuk hasil yang mengagumkan, setiap kali. 

  • Membantu untuk mengawal penampilan rambut yang kusut dan kerinting sambil merawatnya hingga ke akar.

  • Gunakan bersama Syampu Rambut & Perapi Rambut ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E untuk kesan terbaik.

Krim Pelindung Kulit ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

Dirumus khusus untuk kulit kering atau sensitif, Krim Pelindung Kulit ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E membantu untuk meningkatkan fungsi sel kulit dan melindunginya daripada pencemar alam sekitar.

  • Diformulasi dengan kompleks nutrien khusus seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk melindungi, menyubur dan mencegah kerosakan kulit.

  • Membantu untuk melindungi daripada alahan persekitaran, pendedahan kepada sinar matahari dan bakteria.  

  • Penggunaan secara kerap menolong untuk membekalkan nutrien penting bagi menghidrat dan melembapkan sel kulit agar kulit kekal cantik, muda dan berseri.  

Perapi Rambut ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

Perapi rambut berkrim dan menyubur yang menghidratkan dan mengembalikan kelembapan rambut dengan nutrien penting untuk membantu rambut tampil lebih lembut, tidak kusut dan mudah diuruskan!

  • Diformulasi dengan kompleks nutrien khusus seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk merapi dan menguatkan helaian rambut.

  • Perapi harian hebat yang menolong bagi mencegah rambut bercabang dan kelemumur serta merawat rambut yang kering dan rosak.

  • Gunakan bersama Syampu Rambut ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E untuk kesan terbaik.

Syampu Badan ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

Menyegarkan dan berkesan, Syampu Badan ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E menggabungkan bahan-bahan hebat seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk kulit yang bersinar sihat.

  • Menyatukan kompleks nutrien khusus seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk membelai dan memanjakan kulit anda dengan rawatan penyubur setiap hari. 

  • Mengandungi bahan antioksida bagi menstimulasi pertumbuhan sel dan anti-keradangan serta bahan bersifat membersihkan. 

  • Mengandungi natrium laktat dan gliserin untuk kelembapan dan kesan humektan yang lebih baik.

Syampu Rambut ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

Syampu kaya nutrien yang membersih dan melindungi rambut dan kulit kepala anda, sambil menanggalkan minyak dan kotoran yang menyebabkan liang-liang tersumbat, agar rambut menjadi kuat dan sihat. 

  • Diformulasi dengan kompleks nutrien khusus seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk membersih dan memberikan rawatan penyuburan rambut dan kulit kepala.

  • Mengandungi Pantenol, yang juga dikenali sebagai Pro-vitamin B5, yang mencegah kerosakan rambut dan membuatkan helaian rambut lebih lebat, kenyal dan kuat, dalam dan luar.

  • Mencuci rambut secara berkala memberikan kulit kepala dan helaian rambut nutrien penting untuk menjadikan rambut lebih kuat, sihat dan bermaya.

Syampu Jagaan Kulit Kepala LAVITEEN Dengan Teh Hijau

Syampu yang lembut dan berkesan yang dirumus khas untuk menjaga kulit kepala.  Ia menolong untuk menyingkirkan kelemumur sambil menguatkan helaian rambut dengan ekstrak teh hijau dan Pro-Vitamin B5.

  • Diformulasi dengan ekstrak teh hijau untuk menyubur dan melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas, memelihara kulit kepala dan menguatkan helaian rambut bagi menampilkan rambut yang sihat bersinar.

  • Mengandungi Pro-Vitamin B5 yang membantu untuk merapi, melembut dan memperkuatkan rambut sambil melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat penggayaan rambut. 

  • Membantu untuk mengawal masalah kelemumur.

Gel Rambut LAVITEEN Dengan Ekstrak Teh Hijau

Amat sesuai untuk penggayaan rambut pendek dan sederhana panjang.  Gel rambut ini mudah mengawal rambut, walau yang sukar dibentuk.  

  • Diformulasi dengan ekstrak teh hijau yang menawarkan manfaat antioksidan untuk memelihara helaian rambut.

  • Membantu untuk mengawal gaya rambut tanpa mengeringkan helaian rambut atau menghilangkan minyak semula jadi rambut.

  • Mudah dicuci tanpa meninggalkan kesan melekit.

Syampu Badan LAVITEEN Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa

Syampu badan yang kaya buih menyegarkan dengan kebaikan ekstrak teh hijau untuk kulit yang sihat dan muda.

  • Mandian badan menyegarkan yang diperkayakan dengan ekstrak teh hijau dan buah kiwi bagi menyediakan kesan antioksidan dan anti-keradangan serta membersihkan, melembapkan dan menyuburkankan kulit.  

  • Membantu untuk menghidratkan kulit dan mengembalikan keseimbangan semula jadi.

  • Gunakan setiap hari untuk merasai kesegaran menakjubkan.

Syampu Pelembap Badan LAVITEEN Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering

Syampu badan yang menghidrat dan lembut ini menyatukan pelbagai ramuan pelembap kulit untuk menyubur dan melembapkan kulit dengan setiap mandian.

  • Diformulasi dengan ekstrak teh hijau yang menawarkan aneka kebaikan termasuklah kesan anti-keradangan dan antioksidan untuk menentang radikal bebas dan mengekalkan keremajaan dan keserian kulit.

  • Mengandungi vitamin E dan ekstrak avocado yang melembapkan dan mengekalkan imbangan kelembapan semula jadi kulit.

  • Membantu untuk melindungi kulit daripada kesan kerosakan akibat pendedahan kepada angin, debu dan matahari setiap hari.

facebook-icoN.png

Berinteraksi terus dengan Dato' Profesor Dr. Azhar Mat Easa, Perunding Produk Nutrisional dan Berfungsi Zhulian 

Icon - FB Z Jerteh.png
bottom of page