top of page
KESIHATAN UMUM
KEREMAJAAN KULIT

Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dan Elastin Marin Dengan Ekstrak Buah-Buahan ISO.3

Menyubur, memperbaharui dan menyegarkan kembali kulit anda melalui formulasi yang dipertingkatkan dengan kandungan padat khasiat yang meningkatkan tekstur kulit dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan keremajaan yang bersinar!

  • Diperbuat daripada kolagen marin terhidrolisis dan elastin marin yang diperolehi daripada sumber ikan melalui proses “hidrolisis” khas yang menukarkannya kepada berat molekul peptida kolagen yang rendah supaya mudah dan cepat diserap oleh tubuh.

  • Menggunakan Sistem “Memudakan Kulit dari Dalam ke Luar” yang sangat berkesan untuk memberikan tubuh anda kolagen dan elastin secukupnya agar kulit kekal lembut, menawan dan muda. 

  • Disediakan dalam sacet yang mudah dibawa pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

LINDUNG PULIH KESIHATAN ANDA

Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran ISO.7 

Pakar antioksidan yang mencegah radikal bebas, ISO.7 ini diformulasi dengan campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi melindungi tubuh anda dan "Lindung-Pulih" kesihatan anda!

  • Diperbuat daripada campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan fitokimia berkuasa seperti antosianin, proantosianidin, monomer katekin dan polifenol bagi menentang kesan radikal bebas dan anti-penuaan.  

  • Setiap satu sacet ISO.7 membekalkan kira-kira 3,500 mole TE/g atau nilai ORAC antioksidan bagi menolong untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas. 

  • Pengambilan kerap menolong untuk mencegah kesan penuaan pramatang, menggalakkan kesihatan kardiovaskular, membantu fungsi otak yang sihat dan ketajaman minda, menggalakkan penglihatan yang sihat, tahap gula darah yang sihat, saluran kencing yang sihat, kulit yang sihat, menguatkan sistem imun tubuh, mengekalkan fungsi sel yang sihat dan sistem pencernaan yang sihat.

WAJAH LEBIH MUDA, KULIT LEMBUT CANTIK

Campuran Minuman Botani dengan Delima dan Ekstrak Pueraria Mirifica ISOF'RM 

Minuman harian ideal untuk wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas, ISOF'RM adalah ramuan istimewa yang kaya nutrien yang dihasilkan bagi meningkatkan kesihatan menyeluruh, membentuk tubuh yang menawan dan menampilkan wajah yang lebih muda dengan kulit yang lembut lagi cantik. 

  • Kaya fitoestrogen dan antioksidan seperti jus buah delima dan ekstrak Pueraria Mirifica serta ekstrak tumbuhan seperti isoflavon soya, manjakani dan buah elderberi untuk meningkatkan tenaga wanita. 

  • Menolong untuk mengawalatur hormon estrogen dan memperlahankan proses penuaan. 

  •  Dipek dalam bentuk minuman cecair yang menawarkan bio-ketersediaan handalan kepada tubuh supaya nutrien-nutrien uniknya mudah diserap untuk keberkesanan maksimum.

Campuran Minuman Jus Buah Pic dengan Kolagen Marin Terhidrolisis dan Elastin Marin COLLAGEN 2

Sedap diminum, bermanfaat kepada kulit - COLLAGEN 2 membantu mengembalikan kecantikan kulit, menentang kesan penuaan dan mengembalikan kemudaan dan kecergasan kulit yang muda!

  • Diperbuat daripada ramuan berkuasa dengan nilai khasiat yang tinggi seperti kolagen marin terhidrolisis, elastin marin, ekstrak sel stem epal, ekstrak seramida beras, vitamin C dan jus buah pic yang memberikan kesan anti-penuaan selain mengekalkan keindahan kulit yang muda. 

  • Setiap botol mengandungi sehingga 6000 mg kolagen marin terhidrolisis dalam bentuk cecair dengan berat molekul yang rendah bagi penyerapan yang mudah. 

  • Pengambilan yang kerap menawarkan blok binaan secukupnya kepada kulit untuk menjadikannya sihat, muda dan berseri-seri.

MENGEMBALIKAN KEMUDAAN
I-COMPLEX

GREENLEX I-Complex

GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.

  • Produk penyelidikan saintifik moden bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.

  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.

  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.

  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.

MEMO COMPLEX

GREENLEX Memo Complex

Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX ini terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah.  Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.

  • Produk penyelidikan saintifik moden bagi herba tradisional.  Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.

  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.

  • Melancarkan peredaran darah.

MONACOL

GREENLEX MonaCol

Beras yis merah, asas bagi perubatan Cina sejak zaman dahulu kala, berasal daripada kulat yang tumbuh pada beras dan dimakan sebagai makanan ruji di kebanyakan negara-negara Asian. Beras yis merah adalah alternatif semula jadi yang popular untuk menjaga kesihatan tubuh.

Formulasi GREENLEX MONACOL terdiri daripada beras yis merah yang diperbuat daripada yis (Semen Monascus Purpureus) yang tumbuh pada beras. Beras yis merah merupakan suplemen tradisional Cina yang dimakan bagi meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Secara semula jadinya, ia mengandungi beberapa sebatian yang dikenali sebagai monakolin, yang baik untuk tubuh badan.

  • Formula bagi Pengekalan Kesihatan Secara Umum.

  • Produk penyelidikan saintifik.

  • Mengandungi ramuan berkualiti tinggi dari sumber baik yang tersedia.

  • Menolong mengurus kesihatan tubuh.

SPIRULINA

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA 

 

  • Setiap tablet mengandungi 200 mg Spirulina platensis Disahkan Organik.

  • Tidak ditambah perisa, pewarna atau pengawet tiruan.

 

Spirulina Disahkan Organik

GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar.

Suplemen Kaya Nutrien dan Seimbang

Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium.  Spirulina juga kaya protein yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia. 

 

Mudah dan Tersedia untuk Dicernakan

Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia sesuai untuk yang muda dan tua.  Spirulina yang digunakan mengandungi protein mudah cerna.

 

Sistem Kawalan Kualiti yang Ketat

Spirulina ini adalah daripada spesis tulen Spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan canggih dan bioteknologi mikroalga termaju.  Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

greenlex natto k.png
NATTO-K

GREENLEX Natto-K

Digunakan secara tradisional bagi memelihara tubuh yang sihat.

  • Natto adalah sejenis makanan kacang soya yang difermentasikan secara tradisional, yang telah digunakan di Jepun sejak lebih 1,000 tahun lalu sebagai makanan kesihatan. 

  • Nattokinase merupakan sejenis enzim yang dihasilkan oleh kacang soya yang difermentasikan, mempunyai aktiviti fibrinolisis yang membekalkan sokongan nutrisi bagi pemeliharaan kesihatan.

  • GREENLEX NATTO-K diformulasi dengan kacang soya organik dan bebas GMO terpilih yang difermentasikan melalui proses bio-teknologi moden dengan strain Bacillus subtilis natto yang dipatenkan.

  • Setiap kapsul GREENLEX NATTO-K mengandungi 100 mg (bersamaan 2000 FU) Ekstrak Kacang Soya difermentasikan yang membekalkan bersamaan aktiviti enzim bagi semangkuk Natto. 

greenlex manjalady.png
MANJALADY

GREENLEX ManjaLady

Formulasi unik ekstrak-ekstrak yang diperolehi daripada Ubi Bidadari Putih, Manjakani dan Kacip Fatimah yang sarat dengan fitoestrogen dan isoflavon yang menyokong keseimbangan kesihatan wanita.

  • Ekstrak Ubi Bidadari Putih (Pueraria mirifica) mengandungi pelbagai fitoestrogen yang memiliki aktiviti estrogenik, seperti memperbaiki tekstur kulit dan rambut serta membentuk dan memejalkan otot tubuh.  Herba ini juga terkenal kerana kemujarabannya melegakan simptom menopaus.

  • Ekstrak Manjakani secara saintifiknya dikenali sebagai Galla Quercus infectoria adalah sumber baik tanin, iaitu sejenis astringen. Sejak turun-temurun, Manjakani telah digunakan sebagai ubat bagi wanita mengembalikan kesihatan selepas bersalin.

  • Ekstrak Kacip Fatimah (Labisia pumila) digunakan secara tradisional bagi memperbaiki kesihatan wanita, melegakan simptom menopaus dan meningkatkan kelembutan dan keanjalan kulit.  Di dalam perubatan tradisional Melayu, ia digunakan secara meluas untuk mengurangkan kesakitan dan kekejangan semasa kedatangan haid.

greenlex mencare.png
MENCARE

GREENLEX MenCare

Suplemen tradisional yang mengandungi ekstrak saw palmetto dan biji bunga flax yang dirumus khas buat para jejaka

  • Mengandungi ekstrak dengan sifat-sifat antioksida yang bermanfaat bagi melindungi dan mengekalkan kesihatan fungsian tubuh.

  • Saw palmetto (Fructus Serenoa repens) membantu meningkatkan pengeluaran kencing yang menjadi masalah umum bagi golongan lelaki meningkat usia.  Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan saw palmetto menjurus kepada peningkatan aliran air kencing secara keseluruhannya.  

  • Flax seed (Semen Linum usitatissimum) kaya lignan secoisolariciresinol diglycoside (SDG) yang dikenali sebagai fitoestrogen. Beberapa kajian mencadangkan lignan berkemungkinan untuk meningkatkan pengeluaran kencing. 

  • Lignan juga bertindak sebagai antioksidan yang baik dan aktiviti antioksidannya adalah baik dari segi tindakannya membantu melegakan radikal bebas di dalam tubuh.

facebook-icoN.png

Berinteraksi terus dengan Dato' Profesor Dr. Azhar Mat Easa, Perunding Produk Nutrisional dan Berfungsi Zhulian 

Icon - FB Z Jerteh.png
bottom of page